Chronicles

Peludah Warna

Sunday 22 May 2011

BERSIH 2011

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.


Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.


Beliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.

"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.

"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.

bersih rally 271207 03
"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini.

Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.

Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.


Terlalu singkat

Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.



bersih rally 101107 fru water cannon masjid jamekSatu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

"Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan.

"Jadi kita minta tempoh yang munasabah, masa sekarang terlalu singkat," katanya.



Mohamad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pihaknya bersedia untuk membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh negara.

"Kita yakin, PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli... Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.

"Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan. Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia," katanya.

mohamad sabu pc announcing new bersih rallyTurut hadir dalam sidang media tersebut adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.

Dr Hatta berkata butiran terperinci berhubung perhimpunan BERSIH 2 itu akan diumumkan kepada media termasuk tempat, warna tema, dan penyerahan memorandum kepada pihak tertentu.


enosuam: Golongan muda diharap dapat joint beramai ramai dengan kempen BERSIH 2011.Tunjukan kuasa orang muda yang tidak tahan lagi dengan kezaliman Kerajaan kepada rakyat!
bersih parliament police blockade memo 111207 tian chua hauled

Saturday 21 May 2011

Betul ke cara Eskay bersumpah ?

Apa itu Mubahalah & Sumpah Li'an ?

Hari ini kita dikelirukan antara MUBAHALAH dan SUMPAH LI'AN.

Dalil MUBAHALAH "Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka

"Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (Ali-Imran:61)

Dalil SUMPAH LI'AN - "Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. 

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (An-Nuur : 6-9)

Apa yang dibuat geng DATO' T itu BUKAN Mubahalah dan BUKAN Sumpah Li'An, kerana tidak menepati satu pun berdasarkan dalil di atas. Jika DATO' T mahu berMUBAHALAH, DATO' T kena bawa semua anak-anak dan bini-bini ke tengah padang (bukan dalam masjid sambil pegang AL-Quran) dan mohon kepada Allah dengan SUNGGUH-SUNGGUH dan minta Allah laknat ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.

Perbuatan mereka juga bukan Sumpah Li'an, kerana Sumpah Li'an (menuduh isteri berzina) hanya terpakai dalam konteks suami dan isteri. Mereka sepatutnya mendakwaDato Seri Anwar Ibrahim (jika benar) ke Mahkamah Syariah untuk diadili bersama dengan 4 orang saksi. Berikut adalah dalil Al-Quran berkenaan keperluan membawa 4 orang saksi jika menuduh zina (qazaf). 

"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". 

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta." (An-Nuur:12-13).


Siapa benar dan siapa salah, siapa pendusta dan siapa difitnah, takkan masih tak dapat nak bezakan ? Atau anda mahu bersubahat ?

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls