Chronicles

Peludah Warna

Thursday 22 September 2011

Zamry is the Best!

Semasa umat Islam khususnya di Negeri Perak sedang menikmati kemeriahan Syawal, tiba - tiba muncul pula satu jemputan ke Party "Separuh Bogel" di Pulau Pangkor. Yang paling best Party itu akan dilakukan di Kawasan MB Perak. 
Bagaimanakah kawasan yang dijaga oleh orang Islam yang mempunyai jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri boleh meluluskan temasya ini? Apakah pula tindakan dari Harunsani sebagai Mufti Perak? Bagimana pula reaksi ahli-ahli UMNO yang lain? Apapun yang pasti sebagai rakyat Malaysia khususnya di Negeri Perak masih sempat untuk melakukan sesuatu. Tolak pemimpin yang menggalakkan zina!
Rakyat yang waras akan melihat perkara ini sebagai usaha yang tidak langsung menghormati agama Islam dan seolah mempermainkan hukum Islam. Inilah UMNO. Mereka akan melakukan apa sahaja jika keadaan mereka terdesak sehinggakan sanggup meluluskan permit untuk temasya yang jelas mempromosi zina. http://www.offerstation.com/happenings-events/78145/full-moon-beach-party-at-pangkor-island-beach-resort.htm
Di dalam keadaan mereka yang terdesak kerana kemelesetan ekonomi negeri Perak, mereka sanggup dan seperti menjual maruah mereka sebagai pemimpin yang beragama Islam dengan memberi permit kepada Kapitalis, dan ini bukanlah temasya zina yang pertama di luluskan oleh UMNO di Perak. Difahamkan Full Moon Party yang diadakan di Pulau Pangkor ini telah masuk ke tahun ketiga. Syabas UMNO!
                                                           


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls