Chronicles

Peludah Warna

Thursday 22 September 2011

Zamry is the Best!

Semasa umat Islam khususnya di Negeri Perak sedang menikmati kemeriahan Syawal, tiba - tiba muncul pula satu jemputan ke Party "Separuh Bogel" di Pulau Pangkor. Yang paling best Party itu akan dilakukan di Kawasan MB Perak. 
Bagaimanakah kawasan yang dijaga oleh orang Islam yang mempunyai jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri boleh meluluskan temasya ini? Apakah pula tindakan dari Harunsani sebagai Mufti Perak? Bagimana pula reaksi ahli-ahli UMNO yang lain? Apapun yang pasti sebagai rakyat Malaysia khususnya di Negeri Perak masih sempat untuk melakukan sesuatu. Tolak pemimpin yang menggalakkan zina!
Rakyat yang waras akan melihat perkara ini sebagai usaha yang tidak langsung menghormati agama Islam dan seolah mempermainkan hukum Islam. Inilah UMNO. Mereka akan melakukan apa sahaja jika keadaan mereka terdesak sehinggakan sanggup meluluskan permit untuk temasya yang jelas mempromosi zina. http://www.offerstation.com/happenings-events/78145/full-moon-beach-party-at-pangkor-island-beach-resort.htm
Di dalam keadaan mereka yang terdesak kerana kemelesetan ekonomi negeri Perak, mereka sanggup dan seperti menjual maruah mereka sebagai pemimpin yang beragama Islam dengan memberi permit kepada Kapitalis, dan ini bukanlah temasya zina yang pertama di luluskan oleh UMNO di Perak. Difahamkan Full Moon Party yang diadakan di Pulau Pangkor ini telah masuk ke tahun ketiga. Syabas UMNO!
                                                           


Thursday 18 August 2011

MB Perak abai Guru KAFA



Guru KAFA di Perak terus menghadapi masalah di bawah pemerintahan UMNO. Dikhabarkan pemberian bonus yang diwawarkan oleh ketua mereka Pokjib kepada kakitangan kerajaan hanyalah cakap kosong. Guru - guru KAFA yang duduk dibawah kerajaan negeri terus disisihkan. 
Seperti di Perak, Zamri masih lagi berdolak dalik tentang pemberian bonus kepada guru-guru kafa di Perak. Mesyuarat terus dilakukan, sehingga kini masih tiada kata putus. Tidak seperti Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh PR dan dipimpin oleh Guan Eng, Pulau Pinang nampak lebih prihatin kepada guru-guru yang mengajar pendidikan Islam ini.
Kerajaan Perak yang dipimpin oleh UMNO sedikit sebanyak membuktikan kesungguhan komitmen mereka untuk menjaga kebajikan guru-guru KAFA di Perak. Komitmen yang amat menyedihkan. Apatah lagi bila baru-baru ini UMNO dengan lantang mengatakan merekalah kerajaan kebajikan.
Kepada guru - guru KAFA, semoga Allah memberkati usaha anda mendidik anak-anak Islam di Perak, biarpun usaha anda tidak dihargai oleh pemimpin yang beragama 'melayu' Islam.

Thursday 28 July 2011

Selangor records best financial result in 28 years




Selangor state assembly was told that the state government's revenue increased by RM200 million during the first six months of this year.
To a question by Sekinchan state assemblyman Ng Swee Lim, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim (left) said that the state's cash reserve stood at RM918 million at the end of 2010, RM1,100 million at June 30, 2011. 

“The investment has increased by RM557 million as at June 30, 2011 compared to RM668 million at December 31, 2010.   With the two sources combined it will be RM1,760 million compared to RM1,580 million for the same period in 2010.
"In six months, the state government has managed to increase the state revenue by RM200 million and this is the best financial record over the last 28 years,” he said.
Khalid stressed that the state not only achieved revenue increase but also good financial management which has been Pakatan Rakyat's battlecry before it wrested the state from Barisan Nasional in March 2008.
He said the state Micro Credit programme had distributed RM50 million to the people with sources generated from debt collection and the amount could be grouped under the Menteri Besar Consolidated Account.
Khalid thanked the state civil service for efficient management of the state revenue, including digitally documenting details of debtors.
“The state government does not give up ‘brooms’ to those who fail to perform, instead the Pakatan Rakyat state government gives gift in the form of technology to its officers," added Khalid, referring to his predecessor Mohammad Khir Toyo whose public handing out of brooms as symbol of failure of municipal council officers in collecting debts had invited condemnation from the civil servants.
Khalid said the state government had now digitalised its filing system.
"Almost 2 million records have been digitized and the cost came from the debt collection,” he said.

Wednesday 27 July 2011

Ulamak UMNO akui ahli UMNO memecahbelahkan Umat Islam




Malaysia telah digemparkan dengan cerita yang mengaitkan Ulamak UMNO sebagai Teroris dan Wahabi. Ulama ini muncul dan membuat kenyataan bahawa mereka yang melakukan tuduhan ini ialah dari golongan orang yang bekerja dengan kerajaan. Katanya,"Mereka ini cuma mengambil kesempatan atas beberapa perbezaan pendapat dalam perkara furuk untuk memecah belahkan umat Islam," dakwa pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya .sumber (Malaysiakini)

Walaupun menafikan penglibatan kerajaan dalam usaha ini tetapi Ulamak UMNO mengakui ada "ustaz simpanan"yang bertugas di Majlis Keselamatan Negara yang juga satu badan dibawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri.

Kejadian ini mungkin boleh membuatkan Ulamak UMNO ini sedar betapa susah untuk mentarbiyah ahli-ahli UMNO  berkenaan agama. Bagaimana individu atau kumpulan yang membawa agama dan diberi title Ulama UMNO ini juga tidak diberi pengecualian didalam kempen fitnah. Jelas sekali fitnah dan UMNO umpama suatu sistem yang berfungsi untuk menghapuskan musuh mereka. 

Apakah peranan Jamil Khir sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang sehingga kini masih tidak membuat apa-apa kenyataan tentang isu ini. Ataupun beliau juga adalah diantara 'ustaz-ustaz simpanan' yang dimaksudkan oleh Ulamak UMNO itu. Mereka mungkin boleh bersetuju di dalam isu dunia tetapi isu yang melibatkan Agama sangat susah untuk mereka bersetuju. Ini kerana sesetengah pandangan walaupun yang ada dalil dari Al-Quran ataupun Hadis Nabi SAW mungkin bertentangan dengan keperluan mereka. Kepada Ulamak UMNO bersabarlah dalam mendidik orang UMNO ni. Jangan sehingga terpaksa menjadi mangsa mereka sudahla.


TPM Pening

Kuala Lumpur -Ahli Parlimen BN mahu UMNO dan BN mengeluarkan lebih banyak duit untuk mereka.Merujuk dari perjumpaan bersama TPM Isnin lalu di Ibu Kota rata-rata meminta peruntukan yang lebih untuk kegunaan di kawasan Parlimen mereka.Ini adalah tamparan hebat untuk Makyoudin apabila ada yang mendesak UMNO dahulukan masyarakat luar bandar dari mementingkan projek-projek Mega seperti MRT.  Hujah mereka bahawa jika Putrajaya boleh mengetepikan dana untuk projek MRT, jumlah yang sama boleh disalurkan kepada masyarakat luar bandar. Mereka amat takut jika banyak wang yang digunakan untuk projek Mega, mereka akan mengalami masalah peruntukan untuk kawasan mereka.

Bagi makyoudin pula, jika peruntukan diberi kepada ahli- ahli Parlimen ini serupa seperti tidak bagi. Mungkin Makyoudin juga perasan tiada apa yang boleh dibanggakan jika peruntukan diberi lebih kepada mereka ini kerana sepanjang pemerintahan UMNGOK penduduk luar bandar masih tidak menerima kemajuan. Mungkin juga bila dikatakan mengenai peruntukan Makyoudin terus nampak negeri Sabah. Negeri yang sepatutnya negeri yang terkaya menjadi negeri TERMISKIN (rujuk laporan Bank Dunia yang didedahkan oleh wakil dari Bank Dunia iaitu Pengarah Sektor Unit Pembangunan Manusia, Jabatan Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Emmanuel Jimenez).

Walau apapun, baik diberi peruntukan atau tidak, rakyat masih dijadikan mangsa kerakusan pemimpin Kerajaan memerintah. Rakyat hanya mahu kestabilan ekonomi. Kenaikan harga barang yang seimbang dengan  pendapatan rakyat dan subsidi yang tidak ditarik tapi ditambah.

 2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara 
tahun 2000  – 2010, berbanding 3.2% purata 
kenaikan gaji dunia  (termasuk negara-negara miskin).

40 % dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan 
isi rumah yang berpendapatan kurang dari 
RM1,500 sebulan, menjadikan mereka 
golongan paling miskin di Malaysia.

Alangkah bagus jika peruntukan yang UMNGOK dan Barang Naik kecoh-kecohkan itu di salurkan kepada ekonomi rakyat. Yang pasti PRU 13 tidak akan dipersiakan lagi oleh rakyat.



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls