Chronicles

Peludah Warna

Wednesday 27 July 2011

Ulamak UMNO akui ahli UMNO memecahbelahkan Umat Islam




Malaysia telah digemparkan dengan cerita yang mengaitkan Ulamak UMNO sebagai Teroris dan Wahabi. Ulama ini muncul dan membuat kenyataan bahawa mereka yang melakukan tuduhan ini ialah dari golongan orang yang bekerja dengan kerajaan. Katanya,"Mereka ini cuma mengambil kesempatan atas beberapa perbezaan pendapat dalam perkara furuk untuk memecah belahkan umat Islam," dakwa pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya .sumber (Malaysiakini)

Walaupun menafikan penglibatan kerajaan dalam usaha ini tetapi Ulamak UMNO mengakui ada "ustaz simpanan"yang bertugas di Majlis Keselamatan Negara yang juga satu badan dibawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri.

Kejadian ini mungkin boleh membuatkan Ulamak UMNO ini sedar betapa susah untuk mentarbiyah ahli-ahli UMNO  berkenaan agama. Bagaimana individu atau kumpulan yang membawa agama dan diberi title Ulama UMNO ini juga tidak diberi pengecualian didalam kempen fitnah. Jelas sekali fitnah dan UMNO umpama suatu sistem yang berfungsi untuk menghapuskan musuh mereka. 

Apakah peranan Jamil Khir sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang sehingga kini masih tidak membuat apa-apa kenyataan tentang isu ini. Ataupun beliau juga adalah diantara 'ustaz-ustaz simpanan' yang dimaksudkan oleh Ulamak UMNO itu. Mereka mungkin boleh bersetuju di dalam isu dunia tetapi isu yang melibatkan Agama sangat susah untuk mereka bersetuju. Ini kerana sesetengah pandangan walaupun yang ada dalil dari Al-Quran ataupun Hadis Nabi SAW mungkin bertentangan dengan keperluan mereka. Kepada Ulamak UMNO bersabarlah dalam mendidik orang UMNO ni. Jangan sehingga terpaksa menjadi mangsa mereka sudahla.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls