Chronicles

Peludah Warna

Monday, 25 July 2011

Biometrik bukti Kerajaan takut



26 Jun 2011 - Kesediaan kerajaan untuk memberi peruntukan kepada SPR untuk menggunakan Sistem Biometrik adalah satu tindakan pengecut BN. Kerajaan sedar rakyat tidak akan melupakan 8 tuntutan Bersih kepada SPR, untuk menampakkan kerajaan memberi perhatian diantara tuntutan BERSIH mereka mencadangkan penggunaan sistem Biometrik.

Penggunaan sistem Biometrik hanyalah merugikan duit rakyat dimana perbelanjaannya melebihi dari kos menggunakan sistem Dakwat Kekal. Sitem Biometrik ini juga tidak dijamin ketelusanya, Ini kerana sistem ini masih mempunyai ruang untuk dimanipulasikan oleh pihak yang menyediakan.

Dipetik dari kenyataan Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan, "jika ada yang lebuh murah dan mudah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya masih boleh dipertikai dan tidak dijamin ketelusanya". Sistem Biometrik ini tidak pernah digunakan oleh mana-mana negara maju seterusnya meletakkan sistem ini masih terdedah dengan risiko manipulasi dan penggodaman.


Jelas sekali kerajaan akan menggunakan apa sahaja cara untuk mengelak dari membersihkan sistem pilihanraya di Malaysia walaupun terpaksa menggadaikan duit rakyat demi mempertahankan taktik busuk mereka untuk memenangi PRU.


BERSIH akan diteruskan selagi sistem pilihanraya di Malaysia tidak dilakukan dengan telus, bersih dan adil. Walaupun pihak berkuasa mengunakan kaedah yang kejam dan zalim semasa berhadapan dengan perserta BERSIH 2.0, semangat rakyat tidak akan luntur untuk turun demi menuntut sistem pilihanraya yang adil.






0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls