Chronicles

Peludah Warna

Sunday, 24 July 2011

Janji-Janji BN

KUALA LUMPUR 24 Julai - Semua parti komponen termasuk anggota gabungan Barisan Nasional (BN) perlu segera memperkukuhkan perpaduan dan mendahulukan kepentingan rakyat sebagai prasyarat untuk memastikan parti itu terus relevan.Kata Makyoudin di dalam media kerajaan,dua prasyarat berkenaan amat penting untuk diutamakan demi memperkukuhkan pasukan BN menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sumber dari Utusan Meloya






Mari kita cuba fahami maksud "Memperkukuhkan Perpaduan dan Mendahulukan Kepentingan Rakyat" dari perspektif UMNO dan sekutunya.


MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN


Banyak bukti yang menunjukkan BN bukanlah satu Gabungan Parti Politik yang meletakkan Perpaduan Rakyat sebagai salah satu misi mereka.Diantaranya kenyataan Sham Husin ketika menghunus keris dalam perhimpunan Agung UMNO, dengan memberi amaran kepada orang bukan melayu supaya jangan mengancam "hak orang melayu"dan mempertikaikan kontrak sosial.Begitu juga dengan tindakan media-media kerajaan yang menjaja fitnah mengatakan "Kristian sebagai agama rasmi". Ini semua adalah tindakan yang boleh menyebabkan perpaduan rakyat Malaysia akan tergugat. Mungkin Makyoudin harus saksikan kesemua klip-klip video yang ada di youtube bagimana hubungan perpaduan bangsa yang terjalin di dalam BERSIH 2.0


MENDAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT

Ini adalah diantara pemahaman UMNO BN untuk maksud "Mendahulukan Kepentingan Rakyat":
  1. Kenaikan Harga Petrol
  2. Kenaikan Harga Tol
  3. Kenaikan Tarif Elektrik
  4. Kenaikan Harga Gula
  5. Kenaikan Harga Tepung
  6. Kenaikan Harga Minyak Masak

Semua kenaikan ini adalah bersangkutan dengan pemotongan subsidi untuk rakyat.Jadi inilah yang difahami oleh Kerajaan maksud "Mendahulukan Kepentingan Rakyat".

Tindakan Makyoudin menegaskan kepada komponen BN untuk memperkukuhkan Perpaduan dan Mendahulukan Kepentingan Rakyat mungkin ingin memberi "hint hint"akan ada kenaikan kepada rakyat dalam masa terdekat atau akan ada keris mana mana yang akan dicium oleh pemimpin UMNO. 





0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls