Chronicles

Peludah Warna

Wednesday, 27 July 2011

TPM Pening

Kuala Lumpur -Ahli Parlimen BN mahu UMNO dan BN mengeluarkan lebih banyak duit untuk mereka.Merujuk dari perjumpaan bersama TPM Isnin lalu di Ibu Kota rata-rata meminta peruntukan yang lebih untuk kegunaan di kawasan Parlimen mereka.Ini adalah tamparan hebat untuk Makyoudin apabila ada yang mendesak UMNO dahulukan masyarakat luar bandar dari mementingkan projek-projek Mega seperti MRT.  Hujah mereka bahawa jika Putrajaya boleh mengetepikan dana untuk projek MRT, jumlah yang sama boleh disalurkan kepada masyarakat luar bandar. Mereka amat takut jika banyak wang yang digunakan untuk projek Mega, mereka akan mengalami masalah peruntukan untuk kawasan mereka.

Bagi makyoudin pula, jika peruntukan diberi kepada ahli- ahli Parlimen ini serupa seperti tidak bagi. Mungkin Makyoudin juga perasan tiada apa yang boleh dibanggakan jika peruntukan diberi lebih kepada mereka ini kerana sepanjang pemerintahan UMNGOK penduduk luar bandar masih tidak menerima kemajuan. Mungkin juga bila dikatakan mengenai peruntukan Makyoudin terus nampak negeri Sabah. Negeri yang sepatutnya negeri yang terkaya menjadi negeri TERMISKIN (rujuk laporan Bank Dunia yang didedahkan oleh wakil dari Bank Dunia iaitu Pengarah Sektor Unit Pembangunan Manusia, Jabatan Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Emmanuel Jimenez).

Walau apapun, baik diberi peruntukan atau tidak, rakyat masih dijadikan mangsa kerakusan pemimpin Kerajaan memerintah. Rakyat hanya mahu kestabilan ekonomi. Kenaikan harga barang yang seimbang dengan  pendapatan rakyat dan subsidi yang tidak ditarik tapi ditambah.

 2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara 
tahun 2000  – 2010, berbanding 3.2% purata 
kenaikan gaji dunia  (termasuk negara-negara miskin).

40 % dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan 
isi rumah yang berpendapatan kurang dari 
RM1,500 sebulan, menjadikan mereka 
golongan paling miskin di Malaysia.

Alangkah bagus jika peruntukan yang UMNGOK dan Barang Naik kecoh-kecohkan itu di salurkan kepada ekonomi rakyat. Yang pasti PRU 13 tidak akan dipersiakan lagi oleh rakyat.



0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls