Chronicles

Peludah Warna

Tuesday, 26 July 2011

SPR Berpeluh Jumpa Ambiga





Berpeluh-peluh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar ketika siri debat antara dia dan Datuk Ambiga Sreenevasan.Mana tidaknya dia terus menerus di 'Boo' oleh hadirin yang menyaksikan debat ini di Kompleks Karangkraf.

Adegan paling sadis ialah bila dia merayu supaya hadirin senyap untuk dia memberi penjelasan.Tetapi penjelasannya yang seperti menyokong kerajaan terus tidak dapat diterima oleh hadirin..terus dibooo lagi.Katanya SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

Kenyataan itu umpama mengaku SPR dibawah telunjuk Kerajaan dan tindakan Wan Ahmad Omar yang berpeluh dengan riak wajah yang mengecut boleh lah dikatakan yang Wan Ahmad hanya ingin melepaskan diri dari situasi yang dia alami sekarang.

Sehingga tulisan ini ditulis perdebatan mereka belum tamat. Apakah rumusan yang akan di buat kita  kena tunggu sehingga tamat. Apapun, reaksi Wan Ahmad yang mewakili SPR menyingkap pelbagai persoalan...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls