Chronicles

Peludah Warna

Sunday 24 July 2011

Siapa sokong komunis?

KUALA LUMPUR 23 Julai – Sebarang gerakan yang cuba menghidupkan kembali fahaman komunis di negara ini adalah tergolong dalam kumpulan yang sesat dan tidak perlu dilayan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata tiada sebab untuk kumpulan itu mendapat layanan istimewa kerana gerakan tersebut termasuk Parti Komunis Malaya (PKM) sememangnya telah lama diharamkan.
-Kenyataan Pak Rais dalam UTUSAN

Realiti Hubungan Komunis Dengan Malaysia
Dengan pernyataan dari Rais ini membuatkan rakyat tertanya siapakah yang melayan fahaman ini sebenarnya dan bagaimana pula dengan hubungan Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis China (PKC).Pada zaman pemberontakan Komunis 1948 - 1960 PKC adalah "Funder"utama untuk PKM.

Menurut Umno online pada 20 Oktober 2010,Ketua delegasi Parti Komunis China (PKC), Huang Xiangyao, yang berkunjung ke Malaysia telah melahirkan keyakinan kepada UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.Dalam pertemuan itu juga UMNO yg diwakili oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dengan gembira memberitahu mereka(kerajaan Malaysia & PKC) telah menandatangani MOU di Beijing sebelum itu.

Benarlah kata orang tua"Kata dulang paku serpih, Kata orang dia yang lebih"...Siapakah dia itu marilah kita fikirkan.

1 comments:

Anonymous said...

United Munafiq Nation Organization- memang macam tu la h depa putar alam... macam tu juga depa tadbir negara.. kongkalikong sana sini.. rakyat plak malas pikir banyak..sudahnya negara jahannam...

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls