Chronicles

Peludah Warna

Thursday, 28 July 2011

Selangor records best financial result in 28 years




Selangor state assembly was told that the state government's revenue increased by RM200 million during the first six months of this year.
To a question by Sekinchan state assemblyman Ng Swee Lim, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim (left) said that the state's cash reserve stood at RM918 million at the end of 2010, RM1,100 million at June 30, 2011. 

“The investment has increased by RM557 million as at June 30, 2011 compared to RM668 million at December 31, 2010.   With the two sources combined it will be RM1,760 million compared to RM1,580 million for the same period in 2010.
"In six months, the state government has managed to increase the state revenue by RM200 million and this is the best financial record over the last 28 years,” he said.
Khalid stressed that the state not only achieved revenue increase but also good financial management which has been Pakatan Rakyat's battlecry before it wrested the state from Barisan Nasional in March 2008.
He said the state Micro Credit programme had distributed RM50 million to the people with sources generated from debt collection and the amount could be grouped under the Menteri Besar Consolidated Account.
Khalid thanked the state civil service for efficient management of the state revenue, including digitally documenting details of debtors.
“The state government does not give up ‘brooms’ to those who fail to perform, instead the Pakatan Rakyat state government gives gift in the form of technology to its officers," added Khalid, referring to his predecessor Mohammad Khir Toyo whose public handing out of brooms as symbol of failure of municipal council officers in collecting debts had invited condemnation from the civil servants.
Khalid said the state government had now digitalised its filing system.
"Almost 2 million records have been digitized and the cost came from the debt collection,” he said.

Wednesday, 27 July 2011

Ulamak UMNO akui ahli UMNO memecahbelahkan Umat Islam




Malaysia telah digemparkan dengan cerita yang mengaitkan Ulamak UMNO sebagai Teroris dan Wahabi. Ulama ini muncul dan membuat kenyataan bahawa mereka yang melakukan tuduhan ini ialah dari golongan orang yang bekerja dengan kerajaan. Katanya,"Mereka ini cuma mengambil kesempatan atas beberapa perbezaan pendapat dalam perkara furuk untuk memecah belahkan umat Islam," dakwa pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya .sumber (Malaysiakini)

Walaupun menafikan penglibatan kerajaan dalam usaha ini tetapi Ulamak UMNO mengakui ada "ustaz simpanan"yang bertugas di Majlis Keselamatan Negara yang juga satu badan dibawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri.

Kejadian ini mungkin boleh membuatkan Ulamak UMNO ini sedar betapa susah untuk mentarbiyah ahli-ahli UMNO  berkenaan agama. Bagaimana individu atau kumpulan yang membawa agama dan diberi title Ulama UMNO ini juga tidak diberi pengecualian didalam kempen fitnah. Jelas sekali fitnah dan UMNO umpama suatu sistem yang berfungsi untuk menghapuskan musuh mereka. 

Apakah peranan Jamil Khir sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang sehingga kini masih tidak membuat apa-apa kenyataan tentang isu ini. Ataupun beliau juga adalah diantara 'ustaz-ustaz simpanan' yang dimaksudkan oleh Ulamak UMNO itu. Mereka mungkin boleh bersetuju di dalam isu dunia tetapi isu yang melibatkan Agama sangat susah untuk mereka bersetuju. Ini kerana sesetengah pandangan walaupun yang ada dalil dari Al-Quran ataupun Hadis Nabi SAW mungkin bertentangan dengan keperluan mereka. Kepada Ulamak UMNO bersabarlah dalam mendidik orang UMNO ni. Jangan sehingga terpaksa menjadi mangsa mereka sudahla.


TPM Pening

Kuala Lumpur -Ahli Parlimen BN mahu UMNO dan BN mengeluarkan lebih banyak duit untuk mereka.Merujuk dari perjumpaan bersama TPM Isnin lalu di Ibu Kota rata-rata meminta peruntukan yang lebih untuk kegunaan di kawasan Parlimen mereka.Ini adalah tamparan hebat untuk Makyoudin apabila ada yang mendesak UMNO dahulukan masyarakat luar bandar dari mementingkan projek-projek Mega seperti MRT.  Hujah mereka bahawa jika Putrajaya boleh mengetepikan dana untuk projek MRT, jumlah yang sama boleh disalurkan kepada masyarakat luar bandar. Mereka amat takut jika banyak wang yang digunakan untuk projek Mega, mereka akan mengalami masalah peruntukan untuk kawasan mereka.

Bagi makyoudin pula, jika peruntukan diberi kepada ahli- ahli Parlimen ini serupa seperti tidak bagi. Mungkin Makyoudin juga perasan tiada apa yang boleh dibanggakan jika peruntukan diberi lebih kepada mereka ini kerana sepanjang pemerintahan UMNGOK penduduk luar bandar masih tidak menerima kemajuan. Mungkin juga bila dikatakan mengenai peruntukan Makyoudin terus nampak negeri Sabah. Negeri yang sepatutnya negeri yang terkaya menjadi negeri TERMISKIN (rujuk laporan Bank Dunia yang didedahkan oleh wakil dari Bank Dunia iaitu Pengarah Sektor Unit Pembangunan Manusia, Jabatan Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Emmanuel Jimenez).

Walau apapun, baik diberi peruntukan atau tidak, rakyat masih dijadikan mangsa kerakusan pemimpin Kerajaan memerintah. Rakyat hanya mahu kestabilan ekonomi. Kenaikan harga barang yang seimbang dengan  pendapatan rakyat dan subsidi yang tidak ditarik tapi ditambah.

 2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara 
tahun 2000  – 2010, berbanding 3.2% purata 
kenaikan gaji dunia  (termasuk negara-negara miskin).

40 % dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan 
isi rumah yang berpendapatan kurang dari 
RM1,500 sebulan, menjadikan mereka 
golongan paling miskin di Malaysia.

Alangkah bagus jika peruntukan yang UMNGOK dan Barang Naik kecoh-kecohkan itu di salurkan kepada ekonomi rakyat. Yang pasti PRU 13 tidak akan dipersiakan lagi oleh rakyat.



Facebook Kerajaan 1.8 Juta Kena Hack



Utusan Malaysia memberitahu laman sosial PM telah diceroboh bermula 7am 26.7.11.Hairan bagaimana Akaun FB yang melibatkan RM 1.8 juta untuk dikemaskinikan boleh digodam.

Bagaimanapun ada juga pertanyaan lain iaitu apa yang dimaksudkan dengan akaun Pokjib di godam?.Ia hanyalah page yang memerlukan kita untuk 'like' sahaja dan boleh terus membuat komen.Kalau kerana komen itu dikatakan akaun Pokjib di godam, maknanya setiap hari akaun pokjib digodam.Kerana setiap hari ada sahaja kutukan dan nasihat untuk pokjib di akuan FB beliau.

Atau Utusan hanyalah ingin "cover"bila ramai rakyat bersuara dan memberi kritikan membina didalam akaun Pokjib.Atau juga Utusan hanya mahu meraih simpati pencacai UMNGOK untuk membalas comment comment dari rakyat yang membuat kritikan.

Apapun apa yang boleh dirumus bila melihat FB Pokjib, bolehlah dikatakan 70 ke 80 peratus dari 800k yang like page Pokjib hanyalah untuk memberi komen berbentuk nasihat, kritikan yang membina dan menghina yg membina (tak boleh control dah tu).

Tuesday, 26 July 2011

Penghormatan buat Muslimat

Walaupun BERSIH 2.0 telah meninggalkan kita hampir 3 minggu, tetapi perkara-perkara yang berlaku di perhimpunan itu masih segar di fikiran rakyat. Di dalam perhimpunan itu mungkin ada yang tidak sedar penglibatan muslimat yang turun beramai ramai menyertai BERSIH.


Penglibatan mereka bukanlah sesuatu yang kita boleh dianggap biasa sebaliknya penglibatan mereka haruslah diberi penghormatan. Bayangkan disebalik tudung labuh dan purdah yang menyelaputi mereka, semangat mereka  untuk memprotes ketidakadilan kerajaan dan SPR di dalam pilihanraya membara seperti tiada apa yang dapat menghalang mereka.

Walaupun dibedil dengan bom asap, water canon dan diherdik oleh pihak berkuasa yang dayus mereka tetap bersama dan tabah. Mereka terus berdoa dan tawakkal kepada Allah.Semoga Allah memberkati segala usaha mereka biarpun mereka dizalimi. Banyak hadis dari Nabi SAW berkenaan doa orang yang dizalimi antaranya Riwayat al-Bukhari dan Muslim "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" . Mungkin pihak berkuasa lupa tentang hadis ini atau tidak pernah tahu adanya Hadis ini.

Kepada Muslimat yang menyertai BERSIH 2.0 baru baru ini, ketahuilah ramai yang menghormati anda tanpa anda sedari dan kepada yang tidak sempat atau tidak dapat bersama dengan mereka, bersamalah dengan mereka selepas ini.


 " Wanita, dirimu begitu berharga. Seindah-indah hiasan dunia adalah Wanita Solehah. Peribadinya terjaga dan terpelihara. Duhai wanita, dalam kelembutanmu, suburkan ketegasan, berlandaskan ilmu keredhaan Tuhan"


SPR Berpeluh Jumpa Ambiga





Berpeluh-peluh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar ketika siri debat antara dia dan Datuk Ambiga Sreenevasan.Mana tidaknya dia terus menerus di 'Boo' oleh hadirin yang menyaksikan debat ini di Kompleks Karangkraf.

Adegan paling sadis ialah bila dia merayu supaya hadirin senyap untuk dia memberi penjelasan.Tetapi penjelasannya yang seperti menyokong kerajaan terus tidak dapat diterima oleh hadirin..terus dibooo lagi.Katanya SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

Kenyataan itu umpama mengaku SPR dibawah telunjuk Kerajaan dan tindakan Wan Ahmad Omar yang berpeluh dengan riak wajah yang mengecut boleh lah dikatakan yang Wan Ahmad hanya ingin melepaskan diri dari situasi yang dia alami sekarang.

Sehingga tulisan ini ditulis perdebatan mereka belum tamat. Apakah rumusan yang akan di buat kita  kena tunggu sehingga tamat. Apapun, reaksi Wan Ahmad yang mewakili SPR menyingkap pelbagai persoalan...

Monday, 25 July 2011

Biometrik bukti Kerajaan takut



26 Jun 2011 - Kesediaan kerajaan untuk memberi peruntukan kepada SPR untuk menggunakan Sistem Biometrik adalah satu tindakan pengecut BN. Kerajaan sedar rakyat tidak akan melupakan 8 tuntutan Bersih kepada SPR, untuk menampakkan kerajaan memberi perhatian diantara tuntutan BERSIH mereka mencadangkan penggunaan sistem Biometrik.

Penggunaan sistem Biometrik hanyalah merugikan duit rakyat dimana perbelanjaannya melebihi dari kos menggunakan sistem Dakwat Kekal. Sitem Biometrik ini juga tidak dijamin ketelusanya, Ini kerana sistem ini masih mempunyai ruang untuk dimanipulasikan oleh pihak yang menyediakan.

Dipetik dari kenyataan Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan, "jika ada yang lebuh murah dan mudah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya masih boleh dipertikai dan tidak dijamin ketelusanya". Sistem Biometrik ini tidak pernah digunakan oleh mana-mana negara maju seterusnya meletakkan sistem ini masih terdedah dengan risiko manipulasi dan penggodaman.


Jelas sekali kerajaan akan menggunakan apa sahaja cara untuk mengelak dari membersihkan sistem pilihanraya di Malaysia walaupun terpaksa menggadaikan duit rakyat demi mempertahankan taktik busuk mereka untuk memenangi PRU.


BERSIH akan diteruskan selagi sistem pilihanraya di Malaysia tidak dilakukan dengan telus, bersih dan adil. Walaupun pihak berkuasa mengunakan kaedah yang kejam dan zalim semasa berhadapan dengan perserta BERSIH 2.0, semangat rakyat tidak akan luntur untuk turun demi menuntut sistem pilihanraya yang adil.






Sunday, 24 July 2011

Janji-Janji BN

KUALA LUMPUR 24 Julai - Semua parti komponen termasuk anggota gabungan Barisan Nasional (BN) perlu segera memperkukuhkan perpaduan dan mendahulukan kepentingan rakyat sebagai prasyarat untuk memastikan parti itu terus relevan.Kata Makyoudin di dalam media kerajaan,dua prasyarat berkenaan amat penting untuk diutamakan demi memperkukuhkan pasukan BN menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sumber dari Utusan Meloya






Mari kita cuba fahami maksud "Memperkukuhkan Perpaduan dan Mendahulukan Kepentingan Rakyat" dari perspektif UMNO dan sekutunya.


MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN


Banyak bukti yang menunjukkan BN bukanlah satu Gabungan Parti Politik yang meletakkan Perpaduan Rakyat sebagai salah satu misi mereka.Diantaranya kenyataan Sham Husin ketika menghunus keris dalam perhimpunan Agung UMNO, dengan memberi amaran kepada orang bukan melayu supaya jangan mengancam "hak orang melayu"dan mempertikaikan kontrak sosial.Begitu juga dengan tindakan media-media kerajaan yang menjaja fitnah mengatakan "Kristian sebagai agama rasmi". Ini semua adalah tindakan yang boleh menyebabkan perpaduan rakyat Malaysia akan tergugat. Mungkin Makyoudin harus saksikan kesemua klip-klip video yang ada di youtube bagimana hubungan perpaduan bangsa yang terjalin di dalam BERSIH 2.0


MENDAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT

Ini adalah diantara pemahaman UMNO BN untuk maksud "Mendahulukan Kepentingan Rakyat":
  1. Kenaikan Harga Petrol
  2. Kenaikan Harga Tol
  3. Kenaikan Tarif Elektrik
  4. Kenaikan Harga Gula
  5. Kenaikan Harga Tepung
  6. Kenaikan Harga Minyak Masak

Semua kenaikan ini adalah bersangkutan dengan pemotongan subsidi untuk rakyat.Jadi inilah yang difahami oleh Kerajaan maksud "Mendahulukan Kepentingan Rakyat".

Tindakan Makyoudin menegaskan kepada komponen BN untuk memperkukuhkan Perpaduan dan Mendahulukan Kepentingan Rakyat mungkin ingin memberi "hint hint"akan ada kenaikan kepada rakyat dalam masa terdekat atau akan ada keris mana mana yang akan dicium oleh pemimpin UMNO. 





Siapa sokong komunis?

KUALA LUMPUR 23 Julai – Sebarang gerakan yang cuba menghidupkan kembali fahaman komunis di negara ini adalah tergolong dalam kumpulan yang sesat dan tidak perlu dilayan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata tiada sebab untuk kumpulan itu mendapat layanan istimewa kerana gerakan tersebut termasuk Parti Komunis Malaya (PKM) sememangnya telah lama diharamkan.
-Kenyataan Pak Rais dalam UTUSAN

Realiti Hubungan Komunis Dengan Malaysia
Dengan pernyataan dari Rais ini membuatkan rakyat tertanya siapakah yang melayan fahaman ini sebenarnya dan bagaimana pula dengan hubungan Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis China (PKC).Pada zaman pemberontakan Komunis 1948 - 1960 PKC adalah "Funder"utama untuk PKM.

Menurut Umno online pada 20 Oktober 2010,Ketua delegasi Parti Komunis China (PKC), Huang Xiangyao, yang berkunjung ke Malaysia telah melahirkan keyakinan kepada UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.Dalam pertemuan itu juga UMNO yg diwakili oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dengan gembira memberitahu mereka(kerajaan Malaysia & PKC) telah menandatangani MOU di Beijing sebelum itu.

Benarlah kata orang tua"Kata dulang paku serpih, Kata orang dia yang lebih"...Siapakah dia itu marilah kita fikirkan.

Friday, 22 July 2011

Lawyer Scorpene Buktikan Kerajaan Malaysia Adil!!

KUALA LUMPUR: "Siasatan oleh Jabatan Imigresen mendedahkan bahawa Bourdon telah melanggar syarat-syarat pas lawatan sosial seperti yang ditetapkan oleh Akta Imigresen,"





Kerajaan Malaysia terus menunjukkan "keadilan" mereka kepada dunia.Seorang Lawyer dari Perancis yang menggunakan pas lawatan sosial dikatakan telah menyalahgunakan pas itu kerana berucap untuk mendapatkan Dana bagi kes Kapal Selam Scorpene.

Ini menunjukkan kerajaan malaysia takut dengan pendedahan pembelian Kapal Selam Scorpene yang melibatkan rasuah diantara syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales)dan Kerajaan Malaysia.Dengan jelas tiada halangan untuk rakyat asing memasuki Malaysia sekiranya syarat dipatuhi dan tindakan William Bourdon berucap juga tidak bertentangan dengan Akta Imigresen.rujuk http://www.imi.gov.my/index.php/bm/entry-requirements

Betullah kata orang tua "Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah"...Kesalahan seperti membenarkan Benayoun pemain kelab Chelsea yg berasal dari Israel memasuki Malaysia tidak diendahkan oleh Kerajaan Malaysia yg dipimpin oleh Dato Seri Najib tetapi Lawyer dari Perancis yg hanya ingin mengumpul Dana untuk kes Kapal Selam Scorpene dihantar pulang...Syabas Malaysia!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls