Chronicles

Peludah Warna

Tuesday, 26 July 2011

Penghormatan buat Muslimat

Walaupun BERSIH 2.0 telah meninggalkan kita hampir 3 minggu, tetapi perkara-perkara yang berlaku di perhimpunan itu masih segar di fikiran rakyat. Di dalam perhimpunan itu mungkin ada yang tidak sedar penglibatan muslimat yang turun beramai ramai menyertai BERSIH.


Penglibatan mereka bukanlah sesuatu yang kita boleh dianggap biasa sebaliknya penglibatan mereka haruslah diberi penghormatan. Bayangkan disebalik tudung labuh dan purdah yang menyelaputi mereka, semangat mereka  untuk memprotes ketidakadilan kerajaan dan SPR di dalam pilihanraya membara seperti tiada apa yang dapat menghalang mereka.

Walaupun dibedil dengan bom asap, water canon dan diherdik oleh pihak berkuasa yang dayus mereka tetap bersama dan tabah. Mereka terus berdoa dan tawakkal kepada Allah.Semoga Allah memberkati segala usaha mereka biarpun mereka dizalimi. Banyak hadis dari Nabi SAW berkenaan doa orang yang dizalimi antaranya Riwayat al-Bukhari dan Muslim "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" . Mungkin pihak berkuasa lupa tentang hadis ini atau tidak pernah tahu adanya Hadis ini.

Kepada Muslimat yang menyertai BERSIH 2.0 baru baru ini, ketahuilah ramai yang menghormati anda tanpa anda sedari dan kepada yang tidak sempat atau tidak dapat bersama dengan mereka, bersamalah dengan mereka selepas ini.


 " Wanita, dirimu begitu berharga. Seindah-indah hiasan dunia adalah Wanita Solehah. Peribadinya terjaga dan terpelihara. Duhai wanita, dalam kelembutanmu, suburkan ketegasan, berlandaskan ilmu keredhaan Tuhan"


3 comments:

Wan Farhan said...

jangan sangka tangan yg menghayun buaian tidak mampu menggoncang dunia..previous kembali perjuangan summaiyah dan asiah.berbeza dengan semangat puteri umno yg lebih bersikap barat.

pang5gun said...

merekalah serikandi malaysia...

Eno Suam said...

perbezaan yang amat ketara...biarpun diserang dan dilayan seperti lelaki,akhlak mereka tetap mereka jaga.. .bertakung juga airmata bila melihat mereka berdoa ketika peserta lain sedang di serang..masyaAllah..hebat mereka ni.

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls